Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN SELANGOR BERKENAN ISYTIHAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG SEBAGAI MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG

DALAM NEGARA

SULTAN SELANGOR BERKENAN ISYTIHAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG SEBAGAI MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Majlis Perbandaran Klang sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berkuat kuasa 23 Nov tahun lepas.

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Majlis Perbandaran Klang sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berkuat kuasa 23 Nov tahun lepas.

Sultan Selangor turut berkenan melantik Datin Noraini Roslan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang mengikut Subseksyen 10 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Beta, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, dengan ini mengisytiharkan dan menetapkan bahawa Majlis Perbandaran Klang bermula 23 Nov 2023, akan menjadi sebuah Bandar Raya Diraja buat selama-lamanya dan hendaklah disebut sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang.

“Oleh yang demikian, gelaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, hendaklah ditafsirkan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang manakala Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Klang, hendaklah ditafsirkan sebagai Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang,” titah baginda pada majlis pengisytiharan tersebut di sini, hari ini.

MBDK adalah Majlis Bandaraya Diraja ketiga di negara ini selepas Majlis Bandaraya Diraja Alor Setar dan Majlis Bandaraya Diraja Johor Bahru.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading