PENEROKA HARAM ISRAEL TERUS RAKUS MENJARAH BUMI PALESTIN
HEBRON: Warga Palestin di wilayah Tebing Barat khususnya Lembah Jordan dan Masafer Yatta di selatan Hebron, terus menjadi sasaran kacau ganggu peneroka haram Israel hampir setiap hari sejak selepas 7 Okt, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Kawasan yang dikawal oleh penjajah sudah mencecah 410,000 dunam (41,000 hektar) di Tebing Barat dan Baitulmaqdis dengan 90 peratus daripadanya adalah tanah di Lembah Jordan dan Masafer Yatta. — Foto/AFP
HEBRON: Warga Palestin di wilayah Tebing Barat khususnya Lembah Jordan dan Masafer Yatta di selatan Hebron, terus menjadi sasaran kacau ganggu peneroka haram Israel hampir setiap hari sejak selepas 7 Okt, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Penduduk yang rata-ratanya pemilik kebun, ladang ternak dan bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian sebagai sumber mata pencarian utama kini terpaksa berputih mata apabila tanah, hasil kebun dan ladang selain kediaman mereka dirampas secara kejam oleh peneroka haram Israel.
Lebih menambahkan tekanan, pelanggaran berkenaan dilakukan oleh sekumpulan peneroka haram berbeza hampir setiap masa, setiap hari dengan kawalan anggota tentera Israel.
Ketua Pengarah Dokumentasi dan Penerbitan di Suruhanjaya Penjajahan & Penentangan Tembok (Colonization & Wall Resistance Commission) Amir Daoud berkata kawasan yang dikawal oleh penjajah sudah mencecah 410,000 dunam (41,000 hektar) di Tebing Barat dan Baitulmaqdis dengan 90 peratus daripadanya adalah tanah di Lembah Jordan dan Masafer Yatta.
Menurut beliau peratusan besar yang didokumentasikan oleh suruhanjaya berkenaan menunjukkan tahap tekanan yang dihadapi penduduk Palestin ekoran dasar peluasan penjajahan yang seolah tiada penghujung atas nama ‘Pentadbiran Awam’ atau ‘Majlis Kolonial’ bagi menyekat kehidupan rakyat Palestin di jalur timur Tebing Barat.
Selain mengeluarkan notis singkat di bawah nama undang-undang yang digubal bagi tujuan itu, Daoud berkata kerajaan haram Israel juga dilihat tidak bersungguh melarang peneroka haram melakukan rampasan atau serangan ke atas penduduk Palestin.
“Pada kebanyakan masa tentera mereka pula mengiringi kumpulan peneroka dan membantu mereka mengasari penduduk,” katanya.
Menurut pertubuhan bukan kerajaan ‘Peace Now’ yang berpangkalan di Israel, kira-kira 700,000 peneroka haram Yahudi kini tinggal di 146 koloni dan 146 pos rawak yang ditubuhkan di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur.
Youssef Awad, penduduk Masafer Yatta, kesal apabila tidak lagi dapat mengusahakan tanah yang dimilikinya secara bersama dengan bapa saudaranya, seluas hampir 12 hektar akibat larangan penjajah Israel.
“Mereka ambil tanah itu tapi sehingga kini tiada sebarang usaha menanam dibuat.
“Di sini (Masafer Yatta) saja, kira-kira 20,800 hektar tanah meliputi tanah perumahan, pertanian dan padang ragut milik penduduk Palestin sudah dirampas”, katanya.
Perkara tersebut disahkan aktivis hak asasi manusia, Rateb Jabour yang berkata : “Peneroka di Masafer semakin melampau. Mereka merampas beribu-ribu ekar tanah penduduk.”
“Belum lagi termasuk tindakan mereka mencuri ternakan, merampas kenderaan, merosak struktur tanah pertanian dan merampas kediaman rakyat,” katanya.
Statistik menunjukkan sepanjang tahun lepas, sejumlah 43 jentera pertanian, 293 kenderaan persendirian dan 296 ekor haiwan ternakan dirampas peneroka.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Louay berkata : “Dalam tempoh lima tahun lepas, kami sudah membayar sejumlah 14 ribu Shekel untuk menebus semula traktor kami.” (1 Shekel = RM1.29).
Ternakan milik keluarga Daraghmeh di Lembah Jordan turut menjadi mangsa kerakusan peneroka haram.
Arif Daraghmeh yang juga aktivis hak asasi manusia berkata : “Sebulan lalu, peneroka merampas ternakan lembu kami yang ketika itu sedang meragut rumput di utara Lembah Jordan.
“Pihak berkuasa penjajah kemudiannya mengenakan bayaran berjumlah 200 ribu Shekel untuk menebusnya kembali. Kami tiada wang sebanyak itu,” katanya. — AlHijrah Online
SUMBER: BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked