KOTA BHARU: Berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal sejak lahir bukan penghalang kepada seorang guru, Zawati Yusoff, 52, untuk terus menabur bakti mendidik anak bangsa.
Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, Zawati Yusoff, 52, bersama suami Mohammed Zainuddin Derhaman, 46, dan anak mereka Muhammad Abdul Hanan, 8, ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Chekok, Jalan Rambutan Rendang – Bernama
KOTA BHARU: Berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal sejak lahir bukan penghalang kepada seorang guru, Zawati Yusoff, 52, untuk terus menabur bakti mendidik anak bangsa.
Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2 itu berkata beliau mula berkecimpung dalam bidang perguruan sejak 21 tahun lepas bagi mendidik pelajar pendidikan khas yang terdiri daripada golongan OKU.
Tidak memiliki kedua-dua lutut hanya paha dan betisnya bersambung, Zawati berkata kekurangan dirinya itu seakan menjadi ‘satu kelebihan’ baginya dalam memahami kerenah pelajar.
“Mengajar anak-anak pendidikan khas ini, ia satu tanggungjawab yang berat memandangkan mereka perlu diajar mengikut kesesuaian masing-masing.
“Memiliki kesabaran yang tinggi antara sebab saya mampu mengatasi kesukaran untuk mendidik pelajar pendidikan khas yang terdiri daripada pelbagai kategori termasuk sindrom Down, lembam dan hiperaktif,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chekok, Jalan Rambutan Rendang, di sini baru-baru ini.
Bercerita lanjut, ibu kepada seorang anak lelaki berusia lapan tahun itu mengakui bergelar seorang pendidik berstatus OKU bukan perkara yang mudah selain turut berdepan dengan masalah kesihatan.
“Saya mudah mengalami kekejangan kaki apabila berjalan jauh, berdiri dalam tempoh terlalu lama dan sebagainya.
“Sudah menjadi lumrah apabila kekejangan kaki sebaik sahaja tiba di kelas namun itu tidak menjadi masalah bagi saya meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran,” katanya.
Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata matlamat beliau hanya satu iaitu mendidik pelajar kurang bernasib baik untuk memperoleh kejayaan dunia dan akhirat setanding pelajar normal.
“Apa yang menggembirakan hati saya sebagai seorang guru adalah apabila dapat melihat anak didik mampu berdikari dan ‘berdiri sama tinggi’ dengan pelajar biasa, selain memperoleh pekerjaan selepas tamat belajar seterusnya mendirikan rumah tangga.
“Masa hadapan mereka pasti akan cerah jika diberi didikan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab. Saya turut berharap guru-guru khususnya guru Pendidikan Khas supaya tidak jemu dalam mendidik dan melatih pelajar-pelajar ini untuk menjadi insan berguna,” katanya.
Penat lelah dan pengorbanan Zawati dalam mendidik anak-anak pendidikan khas selama ini berbaloi apabila beliau menerima Anugerah Guru Cemerlang OKU (Pendidikan) pada 2010, 2016 dan 2019 selain Anugerah Tokoh Zinnirah Al Rumiyah (OKU) daripada Kerajaan Negeri Kelantan tahun lepas. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked