OPERASI DAPUR MUSIM HAJI DIPANTAU KETAT TH, KKM DAN PIHAK BERKUASA ARAB SAUDI
Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan bahawa hampir dua juta pek makanan tengah hari dan malam yang diagihkan kepada jemaah haji Malaysia di Madinah dan Makkah sepanjang musim haji 1446H/2025M mengekalkan 80 peratus cita rasa masakan Malaysia, menerusi 42 jenis menu berbeza.
MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan bahawa hampir dua juta pek makanan tengah hari dan malam yang diagihkan kepada jemaah haji Malaysia di Madinah dan Makkah sepanjang musim haji 1446H/2025M mengekalkan 80 peratus cita rasa masakan Malaysia, menerusi 42 jenis menu berbeza.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata TH sentiasa menitikberatkan aspek kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan jemaah, termasuk dalam penyediaan makanan yang tidak hanya memenuhi cita rasa Malaysia malah berkhasiat dan berkualiti tinggi.
“Kami (TH) menyediakan sebanyak 42 jenis menu untuk jemaah, dengan putaran menu sekali di Madinah manakala di Makkah ia berputar dua kali iaitu minggu pertama dan kedua, sebelum diulang semula.
“Dari segi kualiti dan keselamatan makanan, semua menu telah diteliti oleh TH serta diperhalusi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan nasihat daripada pakar dietetik bagi memastikan kandungan nutrisi setiap hidangan memenuhi keperluan jemaah,” katanya kepada media selepas melawat dua dapur di Dapur Al Wafa dan Makkah Kitchen di sini baru-baru ini.
Beliau berkata TH mengendalikan tujuh dapur utama di Tanah Suci bagi memastikan penyediaan makanan jemaah berjalan lancar, iaitu dua di Madinah yang terletak di Hotel Anwar Madinah Movenpick dan Hotel Emaar Royal, serta lima lagi di Makkah melibatkan dapur Al Wafa Catering, Fawzy Abo Rozeyza, Tadco Catering, Mohsen Al Amoudi dan Nakha Alia Catering.
Bagi menjamin cita rasa dan kualiti masakan yang disediakan kepada jemaah, Mohd Hisham berkata seramai 17 cef profesional dibawa dari Malaysia ke Tanah Suci.
“TH menggunakan beras basmati dari India dan daging dari Brazil, yang semuanya dijamin halal. Selain itu, premix khas turut dibawa dari Malaysia bagi mengekalkan cita rasa asli masakan seperti kurma dan sambal.
“Pada waktu puncak musim haji yang melibatkan kehadiran kira-kira 31,600 jemaah di Makkah, penggunaan bahan mentah bagi satu hidangan mencecah 3.16 tan beras, 4.74 tan protein dan 2.52 tan sayur-sayuran,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Hisham berkata operasi dapur turut dipantau pasukan perubatan Tanah Suci untuk memastikan pematuhan kepada syarat kebersihan dan keselamatan makanan seperti ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
“Selain itu, pihak berkuasa Arab Saudi turut menjalankan pemantauan berterusan terhadap operasi dapur yang menyediakan makanan untuk jemaah. Pemeriksaan teliti dilakukan dari segi kualiti, susun atur dan piawaian keselamatan dapur untuk memastikan memenuhi standard yang ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, jemaah haji Mahadzir Md Yusuf, 59, berpuas hati terhadap layanan dan penyediaan makanan oleh pihak TH yang turut memberi penekanan terhadap aspek kebersihan.
“Buat jemaah yang belum tiba di Tanah Suci, usah risau soal makanan. Segala yang kita rasa ingin makan, ada disediakan oleh TH. Rasa masakan Malaysia tetap ada, selain pemakanan yang sihat.
“Sekian lama saya menunggu untuk menunaikan haji, saya sangat berpuas hati dengan muassasah. Jangan risau, muassasah ini bukan ‘muassusah’,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked