UNRWA DEDAH LEBIH 300 ANGGOTANYA MAUT DALAM SERANGAN ISRAEL DI GAZA
Menerusi satu hantaran di platform X, Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini berkata sebahagian besar daripada mereka dibunuh oleh Tentera Israel bersama anak-anak dan insan tersayang mereka: seluruh keluarga terkorban.
ISTANBUL: Lebih 300 kakitangan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) terbunuh dalam serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan ketua agensi itu pada Ahad.
“Hari ini, angka korban melepasi paras tragis 300 orang.
Menerusi satu hantaran di platform X, Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini berkata sebahagian besar daripada mereka dibunuh oleh Tentera Israel bersama anak-anak dan insan tersayang mereka: seluruh keluarga terkorban.
Menurut Lazzarini, sebahagian besar anggota UNRWA yang terkorban merupakan petugas kesihatan dan guru.
“Beberapa daripada mereka maut ketika sedang menjalankan tugas membantu komuniti masing-masing.
“Tiada apa yang boleh dijadikan alasan untuk pembunuhan ini.
“Kebal daripada hukuman hanya akan membawa kepada lebih banyak pembunuhan. Pihak yang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan,” tegasnya.
UNRWA ditubuhkan pada 1949 sebagai talian hayat kritikal untuk pelarian Palestin, dan kini menyokong hampir 5.9 juta orang di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Syria dan Lubnan.
Menurut data Bank Dunia, hampir 2.4 juta penduduk Gaza kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan.
Sejak 2 Mac, Israel menutup sepenuhnya laluan keluar masuk ke Gaza bagi bekalan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan, sekali gus memburukkan lagi krisis kemanusiaan sedia ada di wilayah terkepung itu, menurut laporan kerajaan, badan hak asasi dan agensi antarabangsa.
Tentera Israel terus melancarkan serangan kejam di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, mengorbankan lebih 53,300 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tindakannya di wilayah berkenaan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.