Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OPS GEGAR: IMIGRESEN JOHOR TAHAN 66 WARGA ASING DI KELAB MALAM 

DALAM NEGARA

OPS GEGAR: IMIGRESEN JOHOR TAHAN 66 WARGA ASING DI KELAB MALAM 

Jabatan Imigresen (JIM) menahan 66 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Johor Bahru, malam tadi.

Sumber: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 66 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di daerah ini, malam tadi.

Pengarah Imigresen Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata Ops Gegar melibatkan sepasukan pegawai bahagian penguat kuasa negeri dan menyasarkan premis yang baru beroperasi enam bulan itu, dijalankan pada 10 malam.

Beliau berkata bertindak atas maklumat dan risikan selama dua minggu, seorang lelaki yang dipercayai pengurus premis berumur 38 tahun berjaya ditahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 47 warga Thailand, empat warga Indonesia, Vietnam (tiga), India dan Laos masing-masing lima serta dua lagi dari Filipina dan China berumur lingkungan 21 hingga 51 tahun, yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan.

“Kesemua mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rusdi berkata dua keping borang 29, iaitu saman kepada saksi telah dikeluarkan sepanjang pemeriksaan bagi membantu siasatan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap pendatang tanpa izin serta majikan dan pemilik premis yang masih menggaji pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan pas atau permit yang sah,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading