PUTRAJAYA: Pakej 5G RAHMAH, dengan spesifikasi asas pelan data (device bundle) melibatkan telefon pintar berharga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB, akan mula ditawarkan bermula 31 Ogos ini untuk semua rakyat Malaysia hingga Disember.
PUTRAJAYA, 29 Ogos — Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil (tiga,kanan) melawat ke ruang jualan pada Pelancaran Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam di Anjung KKD hari ini. — Bernama
PUTRAJAYA: Pakej 5G RAHMAH, dengan spesifikasi asas pelan data (device bundle) melibatkan telefon pintar berharga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB, akan mula ditawarkan bermula 31 Ogos ini untuk semua rakyat Malaysia hingga Disember.
Ketika melancarkan pakej 5G RAHMAH itu di sini hari ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil turut mengumumkan insentif pascabayar RAHMAH Penjawat Awam melibatkan rebat RM10 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pakej pascabayar bernilai RM60 dan ke atas, yang akan bermula 16 Sept ini.
Beliau berkata pakej 5G RAHMAH dilancarkan hari ini yang melibatkan pilihan telefon pintar sama ada jenama Samsung A14 5G atau Honor 90 Lite 5G itu, hanyalah merupakan spesifikasi asas bagi pemberian pakej 5G RAHMAH dan pihak telco amat digalakkan menyediakan tawaran yang lebih baik.
“Sebagai contoh telco boleh menyediakan harga telefon pintar yang lebih rendah daripada RM240 atau bayaran bulanan pelan pascabayar yang lebih rendah daripada RM60 atau kuota data yang lebih banyak daripada 60GB sebulan,” katanya.
Menurutnya, difahamkan ada dalam kalangan syarikat telekomunikasi yang akan menawarkan pakej 5G RAHMAH pada harga serendah RM35 untuk data 100GB berserta peranti 5G, malah ada yang menawarkan peranti secara percuma.
Beliau berkata melalui kerjasama strategik Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan syarikat pengeluar telefon bimbit Samsung dan Honor, tempoh waranti tambahan 12 bulan akan diberikan yang menjadikan tempoh waranti keseluruhan bagi Pakej 5G RAHMAH adalah selama 24 bulan iaitu sama dengan tempoh kontrak.
“Pakej 5G RAHMAH ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pembelian,” katanya.
Selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI, Fahmi turut mengumumkan Pakej 5G RAHMAH akan ditawarkan kepada 100,000 pelanggan terawal daripada golongan B40 dan mereka layak mendapat subsidi RM120 untuk telefon pintar.
“Sebagai contoh, bagi telefon pintar berharga RM240, pelanggan yang layak hanya perlu membayar RM120 bagi telefon pintar itu. Sekiranya telco menyediakan telefon pintar pada harga yang lebih rendah daripada harga RM240, misalnya RM200, harga yang perlu dibayar oleh pelanggan setelah ditolak subsidi adalah sebanyak RM80 sahaja,” katanya.
“Bagi 100,000 pelanggan terawal golongan B40 yang mendapat subsidi RM120 ke atas harga telefon pintar, hanya satu pakej 5G RAHMAH sahaja yang layak diperoleh menggunakan subsidi ini. Harga telefon pintar bagi pembelian kedua dan seterusnya di bawah pakej ini adalah pada harga RM240,” katanya.
Bagi insentif pascabayar RAHMAH Penjawat Awam pula, Fahmi berkata tawaran rebat itu adalah buat penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan serta tertakluk kepada terma dan syarat daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.
Insentif itu terbahagi kepada dua kategori iaitu penjawat awam yang baru mendaftar untuk melanggan pakej pascabayar bernilai RM60 dan ke atas dengan mana-mana telco terlibat; dan penjawat awam yang sedang melanggan mana-mana pakej pascabayar yang bernilai RM60 dan ke atas dengan mana-mana telco terlibat, dan pakej pascabayar itu tidak terikat dengan kontrak.
Fahmi berkata insentif berkenaan tidak terpakai bagi penjawat awam yang melanggan mana-mana pakej pascabayar secara berkumpulan melalui kementerian, jabatan, agensi, kelab dan persatuan kerana pakej pascabayar secara berkumpulan telah mempunyai rebat.
Beliau berkata pakej serta insentif yang diumumkan itu merupakan manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan Perpaduan terhadap rakyat dengan kerjasama lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes) serta syarikat pengeluar telefon iaitu Samsung Malaysia Electronics dan Honor Malaysia. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager