PUTRAJAYA: Data perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas berjaya diekstrak di makmal Florida, Amerika Syarikat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Gambar fail siasatan di lokasi nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam. – Bernama
PUTRAJAYA: Data perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas berjaya diekstrak di makmal Florida, Amerika Syarikat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata data tersebut diesktrak Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dengan bantuan pihak makmal pengilang peralatan asal (OEM) CVR iaitu L3Harris apabila voice data daripada perakam itu berjaya diperoleh semula.
“Data tersebut berjaya dimuat turun. Jadi semua rakaman suara dalam pesawat itu, terutama 30 minit terakhir termasuk sehingga nahas berlaku, berjaya dimuat turun,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Loke berkata rakaman audio tersebut telah dihantar kepada pasukan siasatan di Malaysia untuk dianalisa dan laporan awal dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lagi.
“Jadi semua rakaman suara tersebut daripada dua juruterbang itu akan dianalisis sebaik mungkin, dan juga apa yang berlaku dalam kokpit dapat dijadikan bahan siasatan untuk mengenal pasti apakah punca berlakunya nahas terbabit,” katanya.
Loke berkata laporan awal nahas pesawat tersebut akan akan dipaparkan dalam laman web rasmi Kementerian Pengangkutan dan ia menjadi laporan asas untuk membuat laporan terperinci dan laporan akhir yang kebiasaannya mengambil masa setahun untuk disiapkan.
Beliau berkata pasukan BSKU akan melaksanakan siasatan untuk mencari apa punca nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu dan menyarankan langkah keselamatan di masa depan.
“Ia bukan untuk mencari salah siapa, ia untuk mengenal pasti apakah punca nahas itu berlaku.
“Jadi apabila kita mendapat laporan itu, kalau ada kelemahan dalam sebarang aspek, kita perlu mengambil langkah untuk memastikan insiden itu tidak berulang,” katanya.
Nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina pada 17 Ogos itu mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Mereka terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta, yang menggunakan lebuh raya berkenaan.
Ditanya kesukaran pasukan BSKU untuk mengekstrak data itu, Loke berkata pasukan berkenaan mengambil masa seharian bagi mendapatkan balik data CVR tersebut.
“Mereka menghadapi kesukaran untuk meninggalkan AS kerana ribut taufan di Florida. Pasukan ini masih berada di Florida. Mereka sepatutnya pulang sebaik sahaja data diperoleh tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian.
“Tetapi data telah dihantar ke sistem e-mel yang selamat, jadi kami sudah mempunyai rakaman suara di Malaysia. Kita berjaya dapatkan semula data dan rakaman suara itu amat jelas dan dalam keadaan baik,” katanya yang enggan membuat rumusan data audio itu sehingga siasatan selesai.
Pada 24 Ogos lepas, Loke dilaporkan berkata Ketua Inspektor BSKU berlepas ke AS untuk menghantar memory puck yang terdapat di dalam CVR milik pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu ke makmal di Florida untuk diekstrak dan dianalisa.– AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.