Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AHLI POLITIK DISARAN CONTOHI ULAMA FIQAH – DR AFIFI

DALAM NEGARA

AHLI POLITIK DISARAN CONTOHI ULAMA FIQAH – DR AFIFI

KUALA LUMPUR: Ahli politik perlu mencontohi dan mengamalkan adabul ikhtilaf atau adab berbeza pendapat seperti dalam ilmu fiqah.

Demikian saranan Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti.

Menurut beliau sekiranya para ulama berbeza mazhab boleh berlapang dada dalam soal hukum hakam agama, maka seharusnya perkara sama boleh diamalkan dalam perbezaan politik.

“Sepatutnya dalam bab perbezaan pendapat ini ahli politik patut ikut adabul ikhtilaf dalam fiqah.

“Kalau kita lihat perbezaan mazhab, para ulama juga terbuka menerima pandangan pelbagai jadi ahli politik juga perlu begitu. Jangan sebab beza pendapat kita tidak boleh makan sama malah ada juga yang kafir mengkafir disebabkan berbeza parti politik,” katanya ketika sesi soal jawab dalam satu majlis di Dewan Perdana Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada Isnin.

Dr. Afifi menyeru semua pihak supaya berlapang dada dan bertolak ansur dalam berpolitik selain perlu berganding bahu dalam menegakkan kedaulatan undang-undang agar kemakmuran negara dapat dipelihara.

Baru-baru ini Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga mengingatkan ahli-ahli politik agar memberikan fokus kepada masa depan negeri dan negara serta rakyat.

Baginda bertitah agar ahli politik memberi tumpuan kepada kepimpinan, pembangunan dan perpaduan rakyat berbilang bangsa. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading