Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PAPARAN JALUR GEMILANG DALAM LAPORAN ANALISIS SPM 2024, KPM JALANKAN SIASATAN TERPERINCI

DALAM NEGARA

PAPARAN JALUR GEMILANG DALAM LAPORAN ANALISIS SPM 2024, KPM JALANKAN SIASATAN TERPERINCI

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan hari ini.

Gambar FAIL

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan hari ini.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat.

“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu.

KPM turut memohon maaf atas kesilapan itu dan mengarahkan laporan analisis yang dicetak dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan.

Terdahulu, beberapa keping imej yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) dipapar dalam muka surat 14 dan 15 dan menunjukkan Jalur Gemilang tidak betul. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading