Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES PENGHANTAR MAKANAN TAMPIL MESEJ UNSUR PENGHINAAN: POLIS BUKA KERTAS SIASATAN

DALAM NEGARA

KES PENGHANTAR MAKANAN TAMPIL MESEJ UNSUR PENGHINAAN: POLIS BUKA KERTAS SIASATAN

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang seorang penghantar makanan yang dikatakan menghantar mesej berunsur penghinaan dan bersifat perkauman melalui aplikasi penghantaran makanan di Bukit Mertajam.

BUKIT MERTAJAM: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang seorang penghantar makanan yang dikatakan menghantar mesej berunsur penghinaan dan bersifat perkauman melalui aplikasi penghantaran makanan di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Helmi Aris ketika dihubungi Bernama berkata siasatan lanjut kes itu sedang giat dijalankan.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Semalam Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata perbuatan penghantar makanan tersebut tidak boleh diterima sama sekali dan wajar dikenakan tindakan undang-undang. 

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan seorang guru sekolah di Machang Bubok di sini membuat laporan polis mendakwa menerima mesej berbaur penghinaan daripada seorang penghantar makanan menerusi mesej dalam aplikasi penghantaran makanan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading