SPM 2024 CATAT KEPUTUSAN MEMBANGGAKAN – KP PENDIDIKAN
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan indeks Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada 2023.
PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan indeks Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada 2023.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata seramai 355,933 calon atau 94 peratus layak diberikan sijil SPM pada 2024 berbanding 349,297 calon pada 2023.
“Angka ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 6,636 calon atau 0.5 peratus. Peningkatan ini merupakan pencapaian terbaik sejak syarat pensijilan pada 2013 diperkenalkan dengan calon wajib lulus dua pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Azman berkata analisis keputusan peperiksaan SPM 2024 menunjukkan peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan, sekali gus mencerminkan keberkesanan usaha berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menyediakan akses pendidikan yang inklusif dan berkualiti.
“Ini selari dengan komitmen KPM untuk memastikan kesamarataan peluang pendidikan kepada semua calon di seluruh negara,” katanya.
Azman berkata daripada keseluruhan 402,918 calon berdaftar dalam peperiksaan SPM 2024, seramai 386,714 calon merupakan calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.
“Daripada jumlah berkenaan, 344,919 adalah calon sekolah KPM dengan 338,673 calon telah hadir. Sebanyak 6,246 calon tidak hadir berbanding 8,676 calon pada 2023.
“Angka ini menunjukkan penurunan sebanyak 2,430 calon yang menunjukkan keberkesanan pelbagai inisiatif dan intervensi yang dilaksanakan oleh KPM,” katanya.
Azman berkata bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki meningkat 0.6 peratus daripada 11,713 calon pada 2023 kepada 14,179 calon pada 2024.
“Bilangan yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 86,040 calon pada 2024 berbanding 83,112 pada 2023.
“Sebanyak 136,791 calon pula telah memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada 2024 berbanding 131,489 pada 2023,” katanya.
Azman berkata pencapaian calon di bandar dan luar bandar juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
“Pencapaian calon di bandar meningkat sebanyak 0.11 mata iaitu 4.47 mata pada 2024 berbanding 4.58 mata pada 2023.
“Pencapaian calon di luar bandar juga meningkat sebanyak 0.09 mata iaitu 4.92 mata pada 2024 berbanding 5.01 mata pada 2023,” katanya.
Menyentuh prestasi mata pelajaran, Azman berkata sebanyak 59 daripada 95 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi, 30 mata pelajaran menunjukkan penurunan prestasi manakala satu mata pelajaran mengekalkan prestasinya berbanding peperiksaan SPM 2023 berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).
“Dalam peperiksaan SPM 2024, enam mata pelajaran daripada tujuh mata pelajaran teras menunjukkan peningkatan prestasi manakala mata pelajaran Pendidikan Moral menunjukkan penurunan prestasi sebanyak 0.07 mata GPMP iaitu 4.73 mata pada 2024 berbanding 4.66 mata pada 2023,” katanya.
Susulan penurunan prestasi dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Azman berkata KPM akan mengusahakan langkah intervensi termasuk menambah baik kandungan mata pelajaran itu bagi memastikan prestasi bertambah baik.
Beliau berkata bagi mata pelajaran elektif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Sains Tulen dan Matematik Tambahan, semua mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi.
“Kimia telah mencatatkan peningkatan prestasi yang tertinggi sebanyak 0.37 mata GPMP, iaitu 4.52 mata pada 2024 berbanding 4.89 mata pada 2023.
“Mata pelajaran elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi) pula, sebanyak 11 daripada 12 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi,” katanya.
Bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan pula menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.38 mata GPMP, iaitu 3.97 mata pada 2024 berbanding 4.35 mata pada 2023.
Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal pula menunjukkan penurunan prestasi sebanyak 0.16 mata GPMP, iaitu 4.39 mata pada 2024 berbanding 4.23 mata pada 2023.
“Daripada 22 mata pelajaran elektif STEM (Mata Pelajaran Vokasional), 17 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi manakala lima mata pelajaran lagi menunjukkan penurunan prestasi,” katanya.
Azman berkata lima daripada 12 mata pelajaran elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas telah menunjukkan peningkatan prestasi manakala tujuh mata pelajaran menunjukkan penurunan prestasi. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager