More in DUNIA
-
DUNIA
ANAK BULAN TIDAK KELIHATAN, ARAB SAUDI SAMBUT AIDILFITRI PADA JUMAAT 20 MAC
Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat 20 Mac 2026.
-
DUNIA
IRAN SAHKAN KETUA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, ALI LARIJANI TERKORBAN DALAM SERANGAN ISRAEL
Iran pada Selasa mengesahkan bahawa Ali Larijani, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, terkorban dalam serangan Israel,...
-
DUNIA
ISRAEL BEDIL BANGUNAN KEDIAMAN DI TENGAH BEIRUT
Satu serangan tentera Israel memusnahkan sebuah bangunan pangsapuri di tengah Beirut pada Rabu, lapor media tempatan....
-
DUNIA
KRISIS MINYAK: DUNIA MULA ‘BERJIMAT’
Kesan peperangan antara Amerika Syarikat-Israel dan Iran kini mula merebak ke seluruh pelosok dunia. Dari langkah...
-
DUNIA
‘PERANG SARAF’: IRGC DAKWA AS TERDESAK
Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Brigedier Jeneral Ali Mohammad Naeini, menegaskan bahawa mereka yang akan menentukan...

TURKI – Seorang pedofil dihukum 108 tahun penjara selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas berpuluh kanak-kanak lelaki pelarian Syria.
Tertuduh yang merupakan seorang tukang cuci di Kem Pelarian Nizip di Gaziantep tenggara Turki, didakwa melakukan perkara terkutuk itu sejak September tahun lalu hingga awal tahun ini.
Suspek berusia 29 tahun yang hanya dikenali sebagai E.E, mengaku mengumpan kanak-kanak ke kawasan yang tidak dipantau kamera pengawasan seperti tandas dan bilik air untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas membayar 1.5 hingga 5 lira atau RM 2 hingga RM 7.
Dianggarkan 30 budak lelaki Syria berusia 8 hingga 12 tahun menjadi mangsa tertuduh. Lebih mengejutkan E.E turut mendakwa ramai pekerja dan pengurus di kem terbabit mendera kanak-kanak pelarian secara seksual.
Pihak Berkuasa Bencana dan Lembaga Pengurusan Kecemasan Turki mengesan perbuatan terkutuk selepas ibu bapa seorang budak lelaki melaporkan perkara tersebut.
Penderaan seksual berkenaan mencetus kemarahan meluas di Turki, yang berbangga memberi perlindungan kepada 3 juta pelarian perang Syria.