More in DUNIA
-
DUNIA
PERANAN AGAMAWAN DAN INSTITUSI AGAMA MENDEPANI ERA ‘SUPER INTELLIGENCE’
Ketika dunia melangkah ke era kecerdasan super (Super Intelligence), agamawan dan institusi agama dituntut memperluas penguasaan...
-
DALAM NEGARA
MACRON TERIMA SAMBUTAN NEGARA DI DATARAN MERDEKA
Presiden Perancis Emmanuel Macron yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam diberi...
-
DUNIA
JEREBU RENTAS SEMPADAN: PRABOWO MOHON MAAF KEPADA MALAYSIA, SINGAPURA
“Saya ingin memohon maaf kepada negara jiran, Malaysia dan Singapura, apabila kami berdepan kebakaran hutan yang...
-
DUNIA
ARAB SAUDI PERKENAL GELANG KESELAMATAN BANTU KESAN JEMAAH TERPISAH
Pengunjung Masjidilharam kini boleh mendapatkan gelang keselamatan percuma bagi membantu mengesan kanak-kanak, warga emas dan OKU...
-
DUNIA
ENAM TERMASUK PAKAR BEDAH TERBUNUH DALAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS HOSPITAL DI GAZA
Tentera Israel mengesahkan serangan berkenaan dengan mendakwa pihaknya menyasarkan komander Briged Khan Younis Hamas, Muhammad Abu...

TURKI – Seorang pedofil dihukum 108 tahun penjara selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas berpuluh kanak-kanak lelaki pelarian Syria.
Tertuduh yang merupakan seorang tukang cuci di Kem Pelarian Nizip di Gaziantep tenggara Turki, didakwa melakukan perkara terkutuk itu sejak September tahun lalu hingga awal tahun ini.
Suspek berusia 29 tahun yang hanya dikenali sebagai E.E, mengaku mengumpan kanak-kanak ke kawasan yang tidak dipantau kamera pengawasan seperti tandas dan bilik air untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas membayar 1.5 hingga 5 lira atau RM 2 hingga RM 7.
Dianggarkan 30 budak lelaki Syria berusia 8 hingga 12 tahun menjadi mangsa tertuduh. Lebih mengejutkan E.E turut mendakwa ramai pekerja dan pengurus di kem terbabit mendera kanak-kanak pelarian secara seksual.
Pihak Berkuasa Bencana dan Lembaga Pengurusan Kecemasan Turki mengesan perbuatan terkutuk selepas ibu bapa seorang budak lelaki melaporkan perkara tersebut.
Penderaan seksual berkenaan mencetus kemarahan meluas di Turki, yang berbangga memberi perlindungan kepada 3 juta pelarian perang Syria.