Connect with us

ALHIJRAH NEWS

EMPAT REMAJA JERUT LEHER PEMANDU E-HAILING DIDENDA RM1,000

DALAM NEGARA

EMPAT REMAJA JERUT LEHER PEMANDU E-HAILING DIDENDA RM1,000

Mangsa dipercayai diserang sehingga lebam dan bengkak di kepala, badan, kaki dan tangan selain kesan jerutan di leher selepas menghantar kesemua suspek ke kawasan berhampiran hutan di Pekan Kuala Sungai Baru.

ALOR GAJAH: Tindakan empat remaja yang menjerut leher seorang pemandu e-hailing wanita semata-mata mengelak bayar tambang membawa padah apabila diheret ke Mahkamah Majistret di sini.

Dua tertuduh lelaki dan dua perempuan berusia lingkungan 14 hingga 17 tahun  mengaku bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang pemandu e-hailing wanita berusia 42 tahun dengan menggunakan sebatang besi untuk menjerut leher mangsa.

Mangsa dipercayai diserang sehingga lebam dan bengkak di kepala, badan, kaki dan tangan selain kesan jerutan di leher selepas menghantar kesemua suspek ke kawasan berhampiran hutan di Pekan Kuala Sungai Baru.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan berhampiran hutan Kuala Sungai Baru kira-kira 12.30 tengah malam, 4 Mei lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin menawarkan jaminan RM2,000 bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Goh Jee Chee memohon agar jaminan dikurangkan.

Hakim kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 selain penjaga perlu menemani kanak-kanak berkenaan setiap kali hadir ke mahkamah.

Kes disebut semula 24 Jun depan sementara menunggu laporan akhlak.

Mangsa dipercayai diserang sehingga lebam dan bengkak di kepala, badan, kaki dan tangan selain kesan jerutan di leher selepas menghantar kesemua suspek ke kawasan berhampiran hutan di Pekan Kuala Sungai Baru.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading