Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DIDAKWA GUNA NOMBOR MYKAD INDIVIDU LAIN BELI PETROL SUBSIDI

DALAM NEGARA

LELAKI DIDAKWA GUNA NOMBOR MYKAD INDIVIDU LAIN BELI PETROL SUBSIDI

Tertuduh didakwa berpura-pura sebagai orang lain telah menggunakan nombor kad pengenalan tiga individu lain, untuk membeli kuota petrol dengan harga subsidi di bawah skim Budi MADANI berjumlah 594.459 liter, sehingga menyebabkan pengadu mengalami kerugian kuota subsidi bulanan mereka.

 

BALING: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas 13 pertuduhan menggunakan nombor kad pengenalan orang lain untuk membeli petrol Budi MADANI RON95 (BUDI95) di daerah ini.

Azman Aziz, 53, didakwa berpura-pura sebagai orang lain telah menggunakan nombor kad pengenalan tiga individu lain, untuk membeli kuota petrol dengan harga subsidi di bawah skim Budi MADANI berjumlah 594.459 liter, sehingga menyebabkan pengadu mengalami kerugian kuota subsidi bulanan mereka.

Lelaki berasal dari Perak itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di stesen minyak BH Petrol Padang Lengkuas di dalam daerah Baling antara 18 Mac hingga 23 April lepas.

Bagi semua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal, manakala Azman diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Masniah Dolah.

Hakim Mahkamah Sesyen Rohaida Ishak yang bertindak sebagai Majistret, membenarkan lelaki itu diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 8 Julai ini sebutan semula kes.

Sebelum ini, polis menahan seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh, bagi membantu siasatan kes kehilangan kuota petrol subsidi BUDI95 yang disyaki digunakan pihak lain di Kupang, Baling.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Brandon Richard Joe berkata penahanan itu, susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang peniaga berusia 57 tahun dari Selangor, yang mendakwa kuota subsidi BUDI95 miliknya telah hilang. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading