Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LIMA RAKYAT MALAYSIA DITAHAN, CUBA MASUK MAKKAH TANPA PERMIT HAJI

DUNIA

LIMA RAKYAT MALAYSIA DITAHAN, CUBA MASUK MAKKAH TANPA PERMIT HAJI

Mereka didapati melalui laluan tidak sah, termasuk jalan tidak berturap dan kawasan lembah.

Lima warga Malaysia ditahan pasukan keselamatan Arab Saudi kerana cuba menyusup masuk ke kota suci Makkah tanpa memiliki permit haji yang sah.

Memetik laporan Saudi Gazette, kesemua mereka didapati melalui laluan tidak sah, termasuk jalan tidak berturap dan kawasan lembah.

Direktorat Jeneral Mujahideen Arab Saudi berkata, tindakan undang-undang segera telah diambil berikutan pelanggaran garis panduan ketat yang ditetapkan bagi musim haji tahun ini.

Pihak berkuasa menegaskan, kawalan ketat di setiap laluan alternatif dan kawasan berbukit di sekitar Makkah dipertingkatkan bagi menyekat sebarang cubaan masuk secara haram, malah tiada kompromi kepada mana-mana pihak yang ingkar.

Susulan insiden itu, Direktorat Jeneral Mujahideen Arab Saudi menggesa orang ramai dan bakal jemaah untuk terus mematuhi undang-undang serta memberikan kerjasama penuh demi menjamin keselamatan dan keselesaan para tetamu Allah.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum ini berulang kali mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa permit haji yang sah adalah wajib bagi memastikan kapasiti dan keselamatan di tanah suci kekal terkawal sepanjang kemuncak rukun Islam kelima itu.–Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading