Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES RAKYAT MALAYSIA DITAHAN MASUK MAKKAH TANPA PERMIT HAJI MASIH DISIASAT – MENTERI AGAMA

DALAM NEGARA

KES RAKYAT MALAYSIA DITAHAN MASUK MAKKAH TANPA PERMIT HAJI MASIH DISIASAT – MENTERI AGAMA

Sebelum ini media melaporakan lima warga Malaysia ditahan pasukan keselamatan Arab Saudi kerana cuba menyusup masuk ke kota suci Makkah tanpa memiliki permit haji yang sah.

JEDDAH: Kes penahanan lima rakyat Malaysia yang dipercayai cuba memasuki Makkah tanpa permit haji yang sah kini masih berada dalam siasatan pihak berkuasa Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata pihaknya masih menunggu laporan daripada Arab Saudi dan meminta semua pihak agar memberikan ruang kepada proses yang sedang berjalan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pengamal media sempena Grand Hajj Symposium Ke-50 yang berlangsung di Jeddah, hari ini.

Sebelum ini media melaporakan lima warga Malaysia ditahan pasukan keselamatan Arab Saudi kerana cuba menyusup masuk ke kota suci Makkah tanpa memiliki permit haji yang sah.

Kesemua mereka didapati melalui laluan tidak sah, termasuk jalan tidak berturap dan kawasan lembah.

Direktorat Jeneral Mujahideen Arab Saudi berkata, tindakan undang-undang segera telah diambil berikutan pelanggaran garis panduan ketat yang ditetapkan bagi musim haji tahun ini. — AlHIjrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading