Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAPAN REMAJA DITAHAN BANTU SIASATAN KES PERGADUHAN DI KLANG SELATAN

UTAMA

LAPAN REMAJA DITAHAN BANTU SIASATAN KES PERGADUHAN DI KLANG SELATAN

Polis percaya pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham dan ejek-mengejek antara dua kumpulan remaja terbabit.

Bagaimanapun, polis menegaskan insiden tersebut tidak melibatkan sebarang unsur kongsi gelap atau kegiatan gangsterisme.

KLANG: Polis menahan lapan remaja lelaki tempatan berusia antara 14 hingga 24 tahun bagi membantu siasatan kes pergaduhan berhampiran sebuah sekolah menengah kebangsaan di kawasan pentadbiran Klang Selatan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Lim Jit Huey dalam kenyataan media hari ini berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1 pagi pada 20 Mei sebelum Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menjalankan tindakan susulan dan menahan semua suspek yang dipercayai terlibat.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati sebahagian daripada individu yang ditahan masih berstatus pelajar sekolah manakala selebihnya merupakan remaja yang tidak lagi bersekolah.

Polis percaya pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham dan ejek-mengejek antara dua kumpulan remaja terbabit.

Bagaimanapun, polis menegaskan insiden tersebut tidak melibatkan sebarang unsur kongsi gelap atau kegiatan gangsterisme.

Permohonan reman terhadap semua tangkapan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang hari ini bagi melengkapkan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial yang boleh mencetuskan kegusaran awam dan menjejaskan siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menyalurkannya kepada IPD Klang Selatan atau balai polis berhampiran. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading