Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“MAK MEMANG SUKA TENGOK TV ALHIJRAH” NIAT ABANG MINYAK HITAM JALANAN HADIAHKAN MAK UNTUK TUNAI UMRAH TERCAPAI

DALAM NEGARA

“MAK MEMANG SUKA TENGOK TV ALHIJRAH” NIAT ABANG MINYAK HITAM JALANAN HADIAHKAN MAK UNTUK TUNAI UMRAH TERCAPAI

“Mak… Usop nak mak pergi umrah, Alhamdulillah sebelum ini ada niat untuk mak, Alhamdulillah ini rezeki mak.”

KUALA LUMPUR: Rezeki menjadi orang baik, niat “Abang Minyak Hitam Jalanan” untuk ibunya menunaikan ibadah umrah terlunas.

Ia selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkilfli Hasan menyampaikan pakej umrah untuk dua orang kepada Mohd Yusof Mohd Noor, 31, semasa Sidang Media Aidiladha TV AlHijrah, di ibu kota hari ini.

Katanya, pada awalnya Mohd Yusof tidak mahu menerima sebarang pelawaan untuk tampil di media-media Malaysia.

Namun, beliau menerima jemputan TV AlHijrah selepas mengetahui ibunya merupakan penonton setia stesen televisyen Islamik pertama Malaysia itu.

“Tahun lepas aku cakap dengan isteri aku – mama, nanti perniagaan kita dah maju, abang nak bagi mak pergi umrah, kita simpan sikit-sikit duit nanti.

“Hari ini aku dijemput dari TV AlHijrah, disebabkan mak aku memang suka tengok TV AlHijrah, aku datang..

“Aku pun sampai duduk makan, datang bos besar TV AlHijrah sebelah aku, dia cakap dengan aku – Usop awak pernah pegi umrah ke haji ke, saya tak pernah lagi tuan.

“Dah nak habis makan, sekali nama aku dipanggil untuk naik atas pentas, rupanya Menteri Agama & bos besar TV AlHijrah bagi tiket untuk pergi umrah.

“Allahuakbar Alhamdulillah rezeki, aku terus Whatsapp mak bagi tahu dia – Mak… Usop nak mak pergi umrah, Alhamdulillah sebelum ini ada niat untuk mak, Alhamdulillah ini rezeki mak,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu Zulkifli Hasan mengumumkan untuk menghadiahkan pakej umrah buat Mohd Yusof atas sifat keprihatinannya, serta merealisasikan impiannya yang sebelum ini belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading