Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMAKAIAN PELITUP MUKA DALAM KAWASAN SEKOLAH TIDAK LAGI DIWAJIBKAN – RADZI

DALAM NEGARA

PEMAKAIAN PELITUP MUKA DALAM KAWASAN SEKOLAH TIDAK LAGI DIWAJIBKAN – RADZI

Pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan, sebaliknya mengikut pilihan masing-masing.

Gambar hiasan (BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan, sebaliknya mengikut pilihan masing-masing, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Menerusi video di Facebooknya, Radzi berkata namun demikian, pemakaian pelitup muka masih digalakkan dalam sekolah terutama di tempat ramai orang.

“Selain itu, murid-murid yang menaiki bas sekolah diingatkan untuk memakai pelitup pada setiap masa.

“Apa yang paling penting, kita pastikan keadaan sekolah selamat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata maklumat lanjut berkaitan pemakaian pelitup muka di sekolah akan disertakan dalam kenyataan media yang akan dikeluarkan pada hari ini.

Radzi berkata demikian berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) pada 7 September lepas yang menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading