Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LKIM SEDIAKAN BEKALAN IKAN SEGAR SEJUK BEKU DI KAWASAN RISIKO BANJIR

DALAM NEGARA

LKIM SEDIAKAN BEKALAN IKAN SEGAR SEJUK BEKU DI KAWASAN RISIKO BANJIR

Gambar kecil: Kusuadi Salleh

TUMPAT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan menyediakan bekalan ikan segar sejuk beku di kawasan berisiko banjir terutama pada musim tengkujuh nanti, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM Kusuadi Sallih.

Beliau berkata LKIM sedang merangka jawatankuasa persediaan bencana alam bagi memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi dan dapat dibekalkan ke kawasan yang dilanda banjir.

“Kita turut menyediakan pusat pengumpulan ikan di beberapa negeri sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh tahun ini.

“Selain itu, kita akan mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai situasi banjir yang akan berlaku di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan di Wisma I’Baadurraham Taybah Mart, di sini hari ini, yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Media melaporkan MetMalaysia meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading