Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU E-HAILING MURAH REZEKI DI MUSIM PERAYAAN

DALAM NEGARA

PEMANDU E-HAILING MURAH REZEKI DI MUSIM PERAYAAN

“Biasanya orang yang nak membeli-belah lebih suka pakai e-hailing sebab mereka sudah tidak perlu fikir tentang parking, mereka juga tidak perlu terkejar-kejar untuk pulang memandangkan e-hailing beroperasi 24 jam,”

KUALA LUMPUR: Di sebalik masalah kesesakan lalu lintas dan kesukaran mencari ruang letak kereta terutama di lokasi tumpuan orang ramai membeli belah persiapan Hari Raya Aidilfitri, ia membawa limpahan rezeki kepada pemandu e-hailing.

Pemandu e-hailing Romy Irwan Shah, 42, berkata pendapatannya sedikit meningkat menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Katanya jika sebelum ini beliau memperoleh sekitar RM1,000 ke RM1,200 seminggu, namun sejak kebelakangan ini pendapatannya meningkat melebihi RM1,500 seminggu.

“Biasanya orang yang nak membeli-belah lebih suka pakai e-hailing sebab mereka sudah tidak perlu fikir tentang parking, mereka juga tidak perlu terkejar-kejar untuk pulang memandangkan e-hailing beroperasi 24 jam,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Beliau yang sudah lima tahun menjadi pemandu e-hailing berkata pengguna juga tidak mengeluh mengenai harga tambang kerana faham dengan kadar tambang dinamik terutama ketika waktu puncak.

Seorang lagi pemandu Suhaimi Sulaiman, 41, menjangkakan peningkatan jumlah pelanggan berterusan sehingga minggu terakhir Ramadan.

“Alhamdulillah ada peningkatan sedikit (pendapatan) berbanding minggu lepas. Saya jangkakan minggu depan akan bertambah lagi bergantung kepada tahap kerajinan seseorang pemandu itu,” katanya.

Beliau turut menjangkakan akan ada pengguna yang sanggup menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk pulang ke kampung setelah dua tahun tidak pulang beraya akibat pandemik COVID-19.

Sementara itu guru tadika, Nornabila Abdullah, 23, berkata menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk urusan membeli persiapan hari raya adalah lebih praktikal berbanding memandu sendiri.

“Saya tak akan penat memandu dalam keadaan kesesakan lalu lintas dan apabila sampai ke destinasi, tidak perlu membuang masa mencari ruang meletak kereta,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading