Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU LORI TERLIBAT KEMALANGAN MAUT TIGA BERANAK DIREMAN

DALAM NEGARA

PEMANDU LORI TERLIBAT KEMALANGAN MAUT TIGA BERANAK DIREMAN

CHUKAI: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tiga beranak di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabor, dekat persimpangan empat Jalan Cheneh-Mak Lagam, direman empat hari mulai hari ini.

Hakim Wan Suhaila Mohd mengeluarkan perintah reman berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu lori berusia 44 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini kira-kira 9 pagi dengan diiringi anggota polis.

Dalam kemalangan pada 2 petang semalam, mangsa Ammir Hussein Mohamad, 38, bersama dua anak lelakinya, Ammzar Husszair Al Hussein, 4, dan Ammzar Hussnayan Al Hussein,1, maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka sekeluarga dirempuh lori pasir yang keluar dari arah kiri secara tiba-tiba.

Dua lagi anggota keluarga iaitu isteri Ammir Hussein, Norhafizah Sazwa Harun, 38, dan anak angkat mereka, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, cedera parah dan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading