Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KERETA POLIS TERBALIK SEMASA ELAK ANJING

DALAM NEGARA

KERETA POLIS TERBALIK SEMASA ELAK ANJING

Dua anggota polis terselamat selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas dan terbalik semasa mengelak seekor anjing, di Kilometer 7.3 Jalan Pintasan Rawang, dekat pusingan U menghala ke Serendah.

HULU SELANGOR: Dua anggota polis terselamat selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas dan terbalik semasa mengelak seekor anjing, di Kilometer 7.3 Jalan Pintasan Rawang, dekat pusingan U menghala ke Serendah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 pagi itu melibatkan kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis SUV model Proton X70 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Kedua-dua anggota polis berpangkat lans koperal dan sarjan, masing-masing berusia 27 dan 33 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa menjalankan tugas dari Ipoh, Perak menghala ke Glenmarie, Shah Alam.

“Setiba di lokasi, pemandu SUV itu dikatakan mengelak seekor anjing menyebabkan kenderaannya terbabas dan terbalik,” katanya semalam.

Ujarnya kedua-dua anggota polis berjaya keluar sendiri dari SUV itu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading