Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KPM BERTEGAS DALAM SOAL GUNA MURID UNTUK ‘KANDUNGAN’ MEDIA SOSIAL

DALAM NEGARA

KPM BERTEGAS DALAM SOAL GUNA MURID UNTUK ‘KANDUNGAN’ MEDIA SOSIAL

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertegas dalam menangani isu guru yang menggunakan anak murid dalam kandungan (content) media sosial, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Gambar fail Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. — Bernama

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertegas dalam menangani isu guru yang menggunakan anak murid dalam kandungan (content) media sosial, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata susulan itu, garis panduan telah dikeluarkan bagi memastikan perlindungan diberi kepada anak-anak murid.

“Kita dalam keadaan kebanjiran idola, kemarau tauladan…adalah besar harapan saya untuk melihat warga pendidik menjadi suri teladan dalam masyarakat.

“Rakyat Malaysia itu adalah refleksi kepada gurunya, guru yang berintegriti, guru yang beradab tinggi dan guru yang berakhlak.

“Seorang guru perlu mempertahankan indoktrin kebangsaan dan benar-benar menjulang pendidikan negara,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Malaysia di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, di sini, malam tadi.

Tambah Fadhlina, pendidikan manusiawi itu penting dalam usaha kerajaan hari ini untuk membina Malaysia MADANI dan pada penghujung bulan ini KPM akan mengeluarkan satu garis panduan dalam menangani kes buli, jenayah seksual dan perkauman.

“Kita tidak akan benarkan sesekali berlaku dalam institusi kita…dan guru adalah barisan hadapan bagi memastikan bahawa ketiga-tiga dosa besar ini tidak akan berlaku dalam institusi pendidikan,” katanya.

Pada majlis itu, Fadhlina turut mengumumkan memperuntukkan RM150,000 dari KPM kepada Institut Pendidikan Guru Batu Lintang untuk penyelenggaraan kerja-kerja kecil. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading