Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAYATI SEMANGAT HARI MALAYSIA DENGAN RASA CINTA KEPADA NEGARA, PERTEGUH PERPADUAN KAUM – PM

DALAM NEGARA

HAYATI SEMANGAT HARI MALAYSIA DENGAN RASA CINTA KEPADA NEGARA, PERTEGUH PERPADUAN KAUM – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh rakyat untuk menghayati semangat Hari Malaysia tahun ini dengan rasa cinta yang mendalam terhadap negara, sikap ihsan dan kasih sayang serta perteguh perpaduan antara kaum.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh rakyat untuk menghayati semangat Hari Malaysia tahun ini dengan rasa cinta yang mendalam terhadap negara, sikap ihsan dan kasih sayang serta perteguh perpaduan antara kaum.

Menerusi catatan di Facebooknya hari ini, Anwar yakin negara ini kuat dan mampu melonjak ke depan sekiranya seluruh rakyat berani menolak sikap prasangka dan memupuk persefahaman serta kasih sayang.

“Selamat Hari Malaysia kepada seluruh anak bangsa! Segulai sejalai,” menurut catatan itu.

 Hari Malaysia tahun ini disambut dengan tema sama Hari Kebangsaan 2023 iaitu “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, manakala frasa bahasa Iban di Sarawak “Segulai Sejalai” yang bermaksud seiring sejalan pula adalah cogan kata perpaduan untuk seluruh negara. 

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan kali ini diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak malam ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading