Connect with us

ALHIJRAH NEWS

WARGA EMAS RENTUNG DALAM KEBAKARAN EMPAT KENDERAAN

DALAM NEGARA

WARGA EMAS RENTUNG DALAM KEBAKARAN EMPAT KENDERAAN

PETALING JAYA: Seorang warga emas berusia 67 tahun ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan empat kenderaan di tempat letak kereta pangsapuri Desa Mentari di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berbangsa india itu ditemui di dalam salah satu kenderaan yang terbakar.

“Kebakaran melibatkan empat kenderaan yang sedang parkir iaitu kereta jenis Ford Telestar yang terbakar 100 peratus, Naza CItra yang terbakar 50 peratus, Proton Wira dan lori jenis Daihatsu yang sama terbakar 5 peratus.

“Mangsa ditemui rentung dalam kereta Naza Citra,” katanya.

Menurut Ahmad Mukhlis, bomba menerima maklumat berhubung kejadian pada 2.45 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

Punca kebakaran tersebut masih disiasat. — AlHijrah Onlie


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading