Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU, PENUMPANG SELAMAT KERETA MEWAH TERBAKAR DI GURUN

DALAM NEGARA

PEMANDU, PENUMPANG SELAMAT KERETA MEWAH TERBAKAR DI GURUN

Seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta mewah berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar di tepi jalan di Kilometer 82, Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gurun, hari ini.

ALOR SETAR: Seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta mewah berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar di tepi jalan di Kilometer 82, Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gurun, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.18 petang.

“Maklumat awal yang diterima, kebakaran melibatkan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz yang terbakar hampir 90 peratus di tepi jalan lebuh raya.

“Difahamkan, sebelum kejadian pemandu dan penumpang itu melihat asap keluar dari kereta berkenaan sebelum pemandu memberhentikan kereta di tepi jalan dan keluar dari kereta sebelum ia terbakar sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata api berjaya dikawal pada 3.50 petang.

“Usaha pemadaman dilakukan sembilan anggota dari BBP Guar Chempedak dengan menggunakan dua jentera dan pemadaman tamat sepenuhnya pada 4.08 petang,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading