Kegembiraan empat sekeluarga berkelah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas kira-kira 11.20 pagi tadi.
KUALA TERENGGANU: Kegembiraan empat sekeluarga berkelah di Pantai Batu Buruk di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas kira-kira 11.20 pagi tadi.
Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Yusmizan Yusof berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.31 pagi daripada pihak hotel, tempat mangsa bersama keluarga menginap.
Beliau berkata mangsa Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, berasal dari Kuala Lumpur hilang selepas dihanyutkan ombak ketika bersiar-siar di tepi pantai.
“Seramai 13 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan kekuatan lima jentera dari BBP Kuala Terengganu digegaskan ke lokasi kejadian pada 11.32 pagi.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan. Kejadian ini adalah yang pertama di Kuala Terengganu untuk tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Yusmizan berkata operasi SAR berdepan kesukaran disebabkan keadaan ombak tinggi dan arus deras.
“Usaha pencarian menggunakan teknik pencarian di permukaan pagi tadi gagal menemukan mangsa. Kita akan teruskan pencarian di sekitar 20 meter dari pantai,” katanya.
Sementara itu isteri mangsa, Nora Elina Abdul Khalit, 44, berkata beliau bersama suami serta dua anak perempuan berusia sembilan dan 11 tahun tiba di Kuala Terengganu Jumaat lepas untuk bercuti.
Nora Elina berkata mereka mengambil kesempatan meluangkan masa berkelah di tepi Pantai Batu Buruk pagi tadi sebelum pulang ke Kuala Lumpur tengah hari esok.
Bagaimanapun ketika asyik bermain pasir bersama anaknya, beliau mendapati suaminya sudah tiada di kawasan sekitar pantai.
“Tiba-tiba saya lihat kelibat suami di dalam air. Saya terus lempar pelampung dan berenang untuk menyelamatkan suami. Bagaimanapun ombak dan arus terlalu kuat. Saya terpaksa berpatah balik dan dapatkan bantuan daripada pihak hotel,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked