Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMEGANG KUNCI KAABAH MENINGGAL DUNIA

DUNIA

PEMEGANG KUNCI KAABAH MENINGGAL DUNIA

Beliau merupakan penjaga dan pemegang kunci Kaabah ke-109 selepas sahabat Nabi Muhammad SAW, Uthman ibn Talha.

KUALA LUMPUR: Ketua Pemegang Kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al-Shaibi telah meninggal dunia, menurut portal haramain.com.

Menurut laporan yang dikongsi di platform media sosial X pada Sabtu, solat jenazah diadakan di Masjidil Haram dan pengebumian di Tanah Perkuburan Al Mu’alla di Makkah.

Untuk rekod, Saleh Al-Shaibi dilantik sebagai penjaga Kaabah pada 2013 selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia.

Beliau merupakan penjaga dan pemegang kunci Kaabah ke-109 selepas sahabat Nabi Muhammad SAW, Uthman ibn Talha.

Tugas menjaga Kaabah menjadi tanggungjawab keluarga Sheikh Saleh Al Shaiba untuk tempoh waktu yang lama.

Tanggungjawab tersebut bermula selepas Nabi Muhammad menakluki kota suci Mekah.

Baginda bersabda, keluarga Al Shaiba perlu melakukan tugas penting tersebut dan mereka melaksanakannya sejak dari itu.

Pada masa ini, fungsi penjaga terhad kepada pembukaan dan penutupan Kaabah.

Istana Diraja, Kementerian Dalam Negeri dan pasukan kecemasan akan menyelaras dengan penjaga jika terdapat tetamu negara.

Susulan tradisi turun-temurun, orang seterusnya yang akan menjadi pemegang kunci Kaabah juga dipilih daripada keluarga Al Shaiba. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading