Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMERGIAN DICEMBURUI, JEMAAH MENINGGAL DUNIA DALAM KEADAAN SUJUD PADA 1 RAMADAN

DALAM NEGARA

PEMERGIAN DICEMBURUI, JEMAAH MENINGGAL DUNIA DALAM KEADAAN SUJUD PADA 1 RAMADAN

Seorang ahli jawatankuasa masjid dilaporkan meninggal dunia ketika dalam solat di sebuah surau di Taman Seri Gombak, pada petang Khamis bersamaan 1 Ramadan 1447H.

Tangkap layar video tular.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli jawatankuasa masjid dilaporkan meninggal dunia ketika dalam solat di sebuah surau di Taman Seri Gombak, pada petang Khamis bersamaan 1 Ramadan 1447H.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Allahyarham Alias Abd Ghani, 69, dilihat rebah ketika rukuk sebelum terduduk dalam keadaan sujud pada rakaat ketiga solat Zohor.

Turut kelihatan seorang jemaah yang membatalkan solatnya kemudian cuba membantu Allahyarham ketika beliau rebah.

“Satu kehilangan besar buat komuniti Taman Seri Gombak. Telah pulangnya Tn. Hj. Alias bin Abd Ghani menemui PenciptaNya tepat pada hari pertama Ramadan.

“Semoga Allah mengganjari Allahyarham dengan syurga-Nya atas segala jasa baik dan amal ibadah yang dilakukan sepanjang hayatnya. Salam takziah daripada kami di Masjid Al-Khairiyah,” menerusi hantaran di Facebook Masjid Al-Khairiyah.

Tambahnya jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak selepas solat Jumaat ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata.–AlHijrah Online

Video CCTV jemaah meninggal dunia dalam sujud


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: [VIDEO] Jemaah Meninggal Dalam Sujud Pada 1 Ramadan, Pemergian Dicemburui - PADUMEDIA PRESS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading