Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENAMATAN PERANG BERGANTUNG KEPADA ISRAEL HENTIKAN SERANGAN UDARA TANPA SYARAT – IRAN

DUNIA

PENAMATAN PERANG BERGANTUNG KEPADA ISRAEL HENTIKAN SERANGAN UDARA TANPA SYARAT – IRAN

Presiden Iran Masoud Pezeshkian berkata, dalam keadaan semasa, keamanan yang berkekalan hanya boleh dicapai sekiranya Zionis menghentikan permusuhan dan memberikan jaminan kukuh untuk menamatkan provokasi keganasan mereka.

Masoud Pezeshkian – AFP

ISTANBUL: Presiden Iran Masoud Pezeshkian berkata pada Jumaat bahawa satu-satunya jalan untuk menamatkan perang semasa ialah Israel menghentikan serangan udaranya tanpa sebarang syarat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami sentiasa mendukung keamanan dan kestabilan,” kata Pezeshkian dalam satu kenyataan, menurut laporan media Iran.

Beliau menegaskan bahawa “dalam keadaan semasa, keamanan yang berkekalan hanya boleh dicapai sekiranya Zionis menghentikan permusuhan dan memberikan jaminan kukuh untuk menamatkan provokasi keganasan mereka.”

Presiden itu turut memberi amaran bahawa “kegagalan berbuat demikian akan mengundang tindak balas yang jauh lebih keras dan dikesali daripada Iran.”

Persengketaan tercetus pada Jumaat lepas apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, sekali gus mencetuskan serangan balas oleh Tehran.

Kedua-dua pihak melaporkan kematian dan kecederaan dalam siri serangan udara yang masih berterusan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading