PENDAKI OKU MALAYSIA EVEREST 2023 DIKHUATIRI HILANG
Pendaki orang kurang upaya (OKU) Malaysia Everest 2023 Muhammad Hawari Hashim, dikhuatiri hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.
KUALA LUMPUR: Pendaki orang kurang upaya (OKU) Malaysia Everest 2023 Muhammad Hawari Hashim, dikhuatiri hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.
Perkara itu disahkan Ketua Misi Ekspedisi Azim Afif Ishak ketika dihubungi Bernama TV dan operasi pencarian masih dijalankan.
Muhammad Hawari, 33, merupakan OKU pendengaran, dipercayai hilang ketika menuju ke Kem 3 selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest yang berketinggian 8,848 dari paras laut, pada Khamis.
Azim Afif berkata, setakat ini Hawari masih belum dijumpai dan pendaki OKU itu sudah hilang hampir 24 jam.
Beliau berkata kali terakhir Hawari berjaya dihubungi ketika pendaki itu berada di Kem 4.
Dalam pada itu, menurut laporan media Nepal The Himalayan Times yang memetik kenyataan pengendali ekspedisi Pengarah Pioneer Adventure Nivest Karki, Hawari telah hilang sejak Jumaat dan usaha pencarian masih dijalankan.
Hawari merupakan pendaki kumpulan pertama ke puncak Everest bersama pendaki yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub.
Bagaimanapun, Awang Askandar, 56, disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak gunung Everest.
Sementara itu, seorang lagi peserta pendakian Ayu Wanirah Naharuddin, 30, berkata pasukan itu dalam usaha untuk mencari Muhammad Hawari melalui pemantauan udara, dengan menggunakan helikopter yang disewa khas.
Ayu Wanirah berkata ketika ini Azim Afif dan Sherpa Pioneer Adventure bernama Ngaa Tenji, masih berusaha mengesan Muhammad Hawari di sepanjang laluan yang biasa digunakan oleh pendaki.
“Dengan menggunakan helikopter, pencarian di sepanjang laluan pendakian itu dapat dilakukan dalam masa kira-kira 45 minit dan saya berharap Muhammad Hawari dapat ditemui dengan segera,” katanya.
Dalam pada itu Ayu Wanirah berkata Muhammad Hawari dan sherpa sepatutnya berehat di Kem 4 selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu.
“Saya difahamkan sherpa berkenaan telah tertidur selama kira-kira sejam kerana keletihan, namun selepas terjaga, beliau mendapati Muhammad Hawari tiada di dalam khemah dan cuba mencarinya di sekitar Kem 4, namun gagal menemukannya,” katanya.
Menurutnya sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, mereka juga telah mengupah seramai lapan orang sherpa untuk membantu mencari di Kem 1 hingga Kem 4, tetapi usaha itu masih belum membuahkan hasil.
ME 2023 yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud, memulakan misi menawan puncak tertinggi dunia itu bermula 2 April sehingga 2 Jun, dengan mendapat sokongan kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Misi itu turut mempromosi perpaduan dan membina bangsa Malaysia melalui kepelbagaian bangsa.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager