Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGASUH KASARI DUA KANAK-KANAK DIDAKWA ESOK

DALAM NEGARA

PENGASUH KASARI DUA KANAK-KANAK DIDAKWA ESOK

Seorang pengasuh yang dipercayai mengasari dua kanak-kanak di bawah jagaannya di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat sini, akan dihadapkan ke mahkamah, esok.

Sumber Gambar: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh yang dipercayai mengasari dua kanak-kanak di bawah jagaannya di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat sini, akan dihadapkan ke mahkamah, esok.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berusia 21 tahun itu, akan didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Hasil siasatan mendapati, video rakaman dibuat oleh salah seorang guru taska yang merakam kejadian melalui telefon bimbit miliknya, menunjukkan wanita terbabit disyaki telah mengasari dua kanak-kanak yang berada di bawah jagaannya.

“Justeru suspek akan dituduh esok,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksima RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada Isnin lepas, tular dua video di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang perempuan mengasari badan seorang bayi yang sedang menangis.

Susulan itu, seorang wanita tempatan direman untuk membantu siasatan kes mengasari bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading