Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VIDEO BULI: POLIS TAHAN SEMBILAN REMAJA LELAKI

DALAM NEGARA

VIDEO BULI: POLIS TAHAN SEMBILAN REMAJA LELAKI

Polis menahan sembilan remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung dua kejadian pergaduhan di sebuah sekolah menengah di Butterworth baru-baru ini, yang tular di media sosial sejak semalam.

GEORGE TOWN: Polis menahan sembilan remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung dua kejadian pergaduhan di sebuah sekolah menengah di Butterworth baru-baru ini, yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata mereka yang ditahan secara berasingan di sekitar Butterworth semalam terdiri daripada lapan pelajar sekolah dan seorang sudah tidak bersekolah.

“Saya mengesahkan polis menahan sembilan remaja lelaki berhubung dua video membabitkan dua kes pergaduhan dipercayai berbeza di sekolah yang sama itu, semua mereka ditahan secara berasingan semalam.

“Pegawai penyiasat (kes itu) sedang mengambil rakaman percakapan kesemua tangkapan dan kemungkinan kita akan membenarkan diberi jamin polis pada hari ini memandangkan mereka pelajar sekolah serta bawah umur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 147 akta sama kerana merusuh.

Terdahulu tular di media sosial dua insiden pergaduhan berasingan di sekolah yang sama dan rata-rata netizen marah dengan tindakan kumpulan remaja itu. 

Antaranya sebuah klip video berdurasi 32 saat memaparkan seorang murid lelaki ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi oleh beberapa murid dipercayai berlaku dalam tandas.

Kebanyakan mereka termasuk mangsa serta sekumpulan murid yang menjadi ‘penonton’ aksi buli itu dilihat memakai pelitup muka dan berpakaian sukan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading