Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAPAN JEMAAH PAKISTAN MAUT DALAM KEBAKARAN HOTEL DI MAKKAH

DUNIA

LAPAN JEMAAH PAKISTAN MAUT DALAM KEBAKARAN HOTEL DI MAKKAH

Sekurang-kurangnya lapan jemaah umrah dari Pakistan terbunuh dalam kebakaran hotel di Makkah.

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lapan jemaah umrah dari Pakistan terbunuh dalam kebakaran hotel di Makkah.

“Kami menerima laporan mengenai lapan kematian dan enam lagi warga Pakistan cedera dalam kejadian itu. Kedutaan kami di Jeddah sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk memberikan bantuan kepada mangsa dan keluarga mereka,” lapor Associated Press of Pakistan (APP) memetik jurucakap kementerian luar pada Jumaat.

Menurut laporan media Pakistan pada Sabtu, mangsa berasal dari wilayah Punjab.

Kebakaran itu berlaku di tingkat tiga hotel yang terletak di Jalan Ibrahim Al Khalil.

Jemaah dari negara lain turut menginap di hotel itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading