KPM TUNGGU SIASATAN KES MURID DAKWA DITAMPAR GURU BESAR

Sumber Gambar: BERNAMA

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) masih menunggu siasatan dan laporan mengenai kejadian seorang murid tahun lima yang mendakwa ditampar guru besar sebuah sekolah, di sini, Mac lepas.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan turut memberi kerjasama erat membantu siasatan pihak berkuasa.

“Biasanya tindakan akan diambil selepas siasatan jadi bagi ruang dan proses siasatan berlaku.

“Saya suka ingatkan ini negara hukum jadi bagi siasatan dan laporan dijalankan, kemudian tindakan-tindakan yang sewajarnya akan diambil,” katanya selepas Jerayawara Pendidikan MADANI┬ádan Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama-sama Menteri Pendidikan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang murid perempuan berusia 11 tahun yang trauma dan takut untuk ke sekolah sehingga hari ini selepas ditampar guru besar di hadapan murid-murid lain di dalam dewan sekolah itu, Mac lepas.–AlHijrah Online

Leave a Reply