Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DINDING UNIT KEDIAMAN TERCABUT AKIBAT HUJAN DAN RIBUT, DBKL AMBIL TINDAKAN SEGERA

DALAM NEGARA

DINDING UNIT KEDIAMAN TERCABUT AKIBAT HUJAN DAN RIBUT, DBKL AMBIL TINDAKAN SEGERA

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil langkah proaktif bagi melindungi keselamatan penyewa Perumahan Awam Loke Yew, di sini, selepas satu dinding kayu salah sebuah unit rumah di kediaman flat itu tercabut akibat hujan dan ribut petang semalam.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil langkah proaktif bagi melindungi keselamatan penyewa Perumahan Awam Loke Yew, di sini, selepas satu dinding kayu salah sebuah unit rumah di kediaman flat itu tercabut akibat hujan dan ribut petang semalam.

DBKL memaklumkan pihaknya sudah menutup dan memagar kawasan dinding yang tercabut itu menggunakan ‘hazard tape’ bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di unit kediaman itu.

“Dinding sementara telah dipasang di unit terlibat sebelum kerja-kerja baik pulih dinding kekal dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” menurut DBKL dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, tindakan sama juga telah diambil terhadap empat unit rumah di Blok 3, Perumahan Awam Seri Johor, di sini, selepas bumbung blok berkenaan tercabut akibat insiden hujan dan ribut itu.

“Kerja-kerja pemasangan kanvas sementara telah dilakukan di bumbung unit terlibat sebelum kerja-kerja baik pulih bumbung kekal dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Bekalan elektrik di unit terlibat juga telah diputuskan bagi tujuan keselamatan manakala penghuni yang terlibat telah berpindah ke rumah saudara mara di kawasan berhampiran,” menurut kenyataan itu.

DBKL turut memaklumkan tiada pusat pemindahan sementara dibuka buat masa ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading