Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGANGGUR DIDAKWA BUNUH TEMAN WANITA

DALAM NEGARA

PENGANGGUR DIDAKWA BUNUH TEMAN WANITA

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Yong Peng di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di Taman Damai, bulan lepas.

Sumber: BERNAMA

BATU PAHAT: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Yong Peng di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di Taman Damai, bulan lepas.

Lim Chee Seong, 44, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Lim Bee Lan, 41, di sebuah rumah di Taman Damai, Batu Pahat antara 10 malam hingga 11 pagi pada 26 dan 27 Jan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sebatan sehingga 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Firdaus Ruslan manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan sebutan semula kes pada 27 April.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan penemuan mayat seorang wanita tempatan di sebuah rumah di Taman Damai selepas gagal dihubungi ahli keluarganya selama tiga hari.  

Pemeriksaan di rumah itu juga menemukan seorang lelaki dalam keadaan kritikal akibat kesan kelar pada bahagian leher serta pergelangan tangan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading