Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RANGKA MANUSIA DITEMUKAN DI DALAM PARIT DI MENTAKAB

DALAM NEGARA

RANGKA MANUSIA DITEMUKAN DI DALAM PARIT DI MENTAKAB

Satu rangka manusia tanpa identiti ditemukan di dalam parit yang ditumbuhi belukar berhampiran dengan Flat Damai Taha, Mentakab di Temerloh, semalam. 

Sumber: Facebook

KUANTAN: Satu rangka manusia tanpa identiti ditemukan di dalam parit yang ditumbuhi belukar berhampiran dengan Flat Damai Taha, Mentakab di Temerloh, semalam. 

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata pihaknya telah menerima maklumat tersebut daripada orang awam pada 12 tengah hari sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian. 

“Hasil siasatan telah menjumpai rangka manusia dipercayai wanita berdasarkan pakaian ditemukan.

“Rangka itu seterusnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Nasyim berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kertas siasatan mati mengejut (SDR) telah dibuka sementara menunggu laporan penuh daripada pihak forensik. 

Beliau berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Razzi Ismail menerusi talian 017-2314245. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading