Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES BULI DI KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, EMPAT REMAJA LELAKI DIREMAN EMPAT HARI

DALAM NEGARA

KES BULI DI KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, EMPAT REMAJA LELAKI DIREMAN EMPAT HARI

Polis menahan empat remaja lelaki bagi membantu siasatan kejadian buli di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kesemua mereka berusia 14 dan 15 tahun direman empat hari bermula semalam hingga Rabu ini.

Sumber: Facebook

JOHOR BAHRU: Polis menahan empat remaja lelaki bagi membantu siasatan kejadian buli di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kesemua mereka berusia 14 dan 15 tahun direman empat hari bermula semalam hingga Rabu ini. 

“Kertas siasatan (IP) akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Terdahulu, tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 21 saat memaparkan perbuatan buli membabitkan beberapa remaja lelaki. 

Sebelum ini, Raub memohon kerjasama mangsa, waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar tampil membuat laporan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading