Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGANGGUR TERLEPAS HUKUMAN MATI KERANA TIDAK SIUMAN

DALAM NEGARA

PENGANGGUR TERLEPAS HUKUMAN MATI KERANA TIDAK SIUMAN

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati seorang penganggur tidak bersalah atas pertuduhan membunuh seorang pesara polis, selepas memutuskan lelaki itu tidak siuman.

Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata berdasarkan keterangan pakar perubatan, Mohd Rozani Yahaya, 43, tidak siuman ketika kejadian pada 25 Jan 2018.

Wan Ahmad Farid memerintahkan Mohd Rozani diletakkan di bawah penjagaan Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

“Mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah kerana ketika kejadian tertuduh telah dibuktikan tidak siuman.

“Justeru, mahkamah mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 348 (2) Kanun Prosedur Jenayah supaya Mohd Rozani diletak di bawah penjagaan selamat di Hospital Bahagia dekat Ulu Kinta, Perak sehingga mendapat perintah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya.

Mohd Rozani didakwa membunuh Ab Halim Che Yusoff yang ketika itu berusia 69 tahun, di tepi rumah dekat Kampung Apa-Apa, Bunut Susu di Pasir Mas pada 12 tengah hari 25 Jan 2018.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab manakala Mohd Rozani diwakili peguam Zameri Mat Nawang. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading