Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGASUH DITAHAN DISYAKI DERA KANAK-KANAK DUA TAHUN

DALAM NEGARA

PENGASUH DITAHAN DISYAKI DERA KANAK-KANAK DUA TAHUN

Polis menahan seorang pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini semalam, kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan di bawah jagaannya. 

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini semalam, kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan di bawah jagaannya.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata suspek yang merupakan wanita tempatan berumur 28 tahun didapati melakukan perbuatan terbabit terhadap mangsa yang berusia dua tahun sehingga cedera di kepala dan tangan.

Zam Halim berkata bapa mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan kira-kira 11.28 pagi semalam.

“Wanita berkenaan ditahan selepas datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 1 tengah hari, hari yang sama.

“Suspek ditahan selama 24 jam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Cheras menerusi talian 03-9284 5050/ 5051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999.

Hari ini, tular dua video masing-masing berdurasi seminit 10 saat dan 56 saat melalui Facebook memaparkan seorang wanita mencederakan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading