Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA PEKERJA BANK CEDERA POLIS BANTUAN TERLEPAS TEMBAKAN

DALAM NEGARA

TIGA PEKERJA BANK CEDERA POLIS BANTUAN TERLEPAS TEMBAKAN

Tiga pekerja bank termasuk seorang pengawal keselamatan cedera ringan selepas seorang polis bantuan terlepas tembakan di lobi premis berkenaan, di Jasin, hari ini.

JASIN: Tiga pekerja bank termasuk seorang pengawal keselamatan cedera ringan selepas seorang polis bantuan terlepas tembakan di lobi premis berkenaan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata dalam kejadian pada 12.55 tengah hari itu, polis bantuan berusia 59 tahun yang bekerja di sebuah syarikat multinasional, terlepas tembakan daripada senapang jenis ‘Winchester’ dipercayai atas kecuaian sendiri.

Beliau berkata berdasarkan maklumat, polis bantuan yang berpengalaman 13 tahun dalam bidang berkenaan datang ke bank tersebut untuk mengiringi pekerja syarikatnya menguruskan gaji pekerja.

“Sebelum kejadian, tali senapang suspek tergantung pada bahunya, manakala muncung senjata api itu menghala ke arah lantai.

“Namun, ketika sedang membetulkan kedudukan senjata api itu jarinya tertarik picu senapang sebelum terlepas tembakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Jamil berkata peluru yang terkena lantai menyebabkan lantai mozek tersebut pecah dan serpihannya mengenai pengawal keselamatan serta dua pekerja wanita bank itu.

“Pengawal keselamatan berusia 25 tahun itu mengalami luka kecil pada telinga sebelah kanan, manakala dua pekerja wanita masing-masing berusia 46 dan 28 tahun luka kecil di paha dan betis kaki kiri,” katanya.

Menurutnya polis bantuan tersebut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960, manakala senapang dan satu kelongsong peluru dirampas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading