KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa aspek keselamatan negara tidak akan diabaikan susulan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara baru-baru ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata agensi keselamatan telah diminta untuk memperkuatkan tapisan keselamatan supaya kemudahan pengecualian visa tidak menjejaskan keselamatan negara.
“Ada Ahli Yang Berhormat yang mungkin gusar kerana isu keselamatan dibangkitkan, maka agensi keselamatan telah diminta perkuatkan tapisan keselamatan supaya kemudahan ini tidak menjejaskan keselamatan negara,” kata beliau ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.
Sebelum ini Anwar berkata kerajaan memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Dis ini dalam semangat kerjasama strategik hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun pada tahun depan.
Beliau berkata ia merupakan tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari negara Teluk dan lain-lain negara di Asia Barat.
Anwar turut meminta pengurusan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menguruskan sendiri aset kelengkapan masing-masing tanpa campur tangan pihak luar, termasuk kerajaan, memandangkan agensi berkenaan sering dilanda masalah berkaitan perolehan.
Beliau berkata ini bermakna ATM bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya terdapat masalah teknikal atau pelaksanaan manakala kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, hanya akan berunding dari segi kos aset kelengkapan.
“… sebaiknya kita runding tidak melalui ejen tetapi terus dengan kerajaan berkaitan. Kita sudah mula dengan Turkiye, Korea Selatan dan Itali. Kalau ada apa-apa yang diputuskan itu adalah keputusan sendiri, kalau Tentera Laut dia putuskan (untuk aset kelengkapan Tentera Laut).
“Kalau tidak, berbilion ringgit itu hanya tiris tidak dapat dikawal lagi. Soal keselamatan dan kelengkapan sangat kritikal bagi kita. Kita tidak mampu belanja puluhan bilion ringgit dan menyaksikan kelengkapan yang sangat daif ketimbang keupayaan negeri (negara) lain,” kata beliau.
Sementara itu, beliau berkata penurunan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu bukan bertujuan menggalakkan maksiat, memandangkan masih terdapat syarat-syarat ketat yang perlu dipatuhi.
“Bukan untuk galak maksiat, walau dikritik keputusan ini sebagai satu galakan tidak baik, tapi syarat ketat mesti dipatuhi,” kata beliau.
Perdana Menteri turut menyentuh mengenai isu konflik Israel-Palestin dengan meminta rakyat Malaysia supaya tidak menggunakan isu berkaitan Palestin untuk menaikkan suhu perbezaan antara agama dan kaum di negara ini.
Anwar berkata masyarakat tanpa mengira agama mahupun kaum perlu memahami bahawa pendirian kerajaan menyokong Palestin serta menolak kekejaman Israel adalah kerana aspek kemanusiaan.
“Ada yang tanya mengapa kita memihak hanya kerana Palestin orang Islam, tentu ada kejahilan kefahaman kerana bumi Palestin memang majoriti Arab Muslim tapi ada juga minoriti Kristian,” katanya.
Anwar berkata rejim Zionis berkenaan bukan sahaja merobohkan ratusan masjid tetapi juga memusnahkan tujuh buah gereja.
“… jadi kita harus lihat dari sudut kezaliman dan dari segi kemanusiaan kerana ia turut melibatkan orang-orang bukan Islam,” kata beliaunya.
Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ yang dibentang Anwar di Parlimen pada 13 Okt lepas, melibatkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked