Bomba mendapati kejadian tanah runtuh berlaku di bahagian belakang banglo lima tingkat itu dan terdapat tanah dan batuan dari cerun bukit menimpa serta merobohkan dinding bahagian dapur di tingkat satu dan bilik tidur di tingkat dua.
KUALA LUMPUR: Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila banglo yang didiami mereka di Taman Halaman di sini, ditimpa tanah runtuh menyebabkan sebahagian dinding bahagian belakang rumah itu roboh.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.30 pagi tadi dan mengerahkan jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi kejadian.
Beliau berkata bomba mendapati kejadian tanah runtuh berlaku di bahagian belakang banglo lima tingkat itu dan terdapat tanah dan batuan dari cerun bukit menimpa serta merobohkan dinding bahagian dapur di tingkat satu dan bilik tidur di tingkat dua.
“Pasukan (kami) turut memeriksa semua tingkat dan bilik di rumah berkenaan bagi memastikan semua penghuni sudah keluar dengan selamat.
“Bomba kemudian membuat pemeriksaan pergerakan tanah dan memasang sawar-sawar di kawasan tanah runtuh,” katanya ketika dihubungi.
Norazam berkata tindakan lanjut diserahkan kepada Unit Cerun Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang turut berada di lokasi.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya menempatkan sebuah van polis bergerak di lokasi kejadian tanah runtuh bagi tujuan pemantauan, selepas mangsa dipindahkan ke rumah lain.
Menurutnya kejadian dipercayai berlaku apabila hujan berterusan menyebabkan air berlumpur mengalir sehingga ke hadapan rumah.
“Pemeriksaan serta tindakan awal dilakukan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat iaitu dengan meletakkan plastik kanvas bagi menutup kawasan tanah di lereng bukit yang terkesan.
“Semakan mendapati sembilan rumah dibina di lereng berhampiran lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager