Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGURUSAN KUIL DI JALAN MASJID INDIA SETUJU PINDAH KE TAPAK BAHARU

DALAM NEGARA

PENGURUSAN KUIL DI JALAN MASJID INDIA SETUJU PINDAH KE TAPAK BAHARU

Pihak pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India bersetuju bagi pemindahan kuil berkenaan ke sebuah tapak baharu yang berdekatan dengan lokasi sekarang.

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India bersetuju bagi pemindahan kuil berkenaan ke sebuah tapak baharu yang berdekatan dengan lokasi sekarang.

Setiausaha jawatankuasa kuil berkenaan G. Kaarthik berkata pihaknya mencapai persetujuan itu selepas satu perbincangan diadakan bersama pihak berkuasa berhubung lokasi baharu kuil tersebut, semalam.

“Kami berterima kasih kepada menteri, wakil rakyat dan pihak berkuasa lain yang membantu mencapai resolusi ini.

“Tapak baharu berkenaan berdekatan dan berada dalam kawasan Jalan Masjid India serta bersesuaian sebagai lokasi alternatif,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya ketika ini akan memuktamadkan beberapa aspek teknikal dalam satu mesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) petang ini dan satu pengumuman rasmi akan menyusul selepas itu.

Khamis lepas, media melaporkan proses perbincangan mengenai perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di atas tanah milik Jakel Group berjalan dengan harmoni di antara pihak syarikat, pengurusan kuil dan DBKL.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading