PENIAGA DIINGATKAN BERETIKA, TOLAK ANSUR ELAK PERSELISIHAN DENGAN PELANGGAN
Ini kerana etika dan adab yang baik dalam perniagaan menjadi cerminan budaya dan masyarakat negara ini selain hak pelanggan untuk mendapatkan khidmat terbaik daripada peniaga.
JOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid hari ini mengingatkan peniaga supaya sentiasa beretika dalam mengendalikan pelanggan dan bertolak ansur bagi mengelak berlaku perselisihan faham.
Beliau ketika mengulas mengenai video tular antara peniaga sebuah restoran dan pelanggan di Melaka baru-baru ini berkata peniaga perlu mempunyai kesabaran dan kejadian seperti yang berlaku di dalam video itu tidak seharusnya berlaku.
Menurut Rosol, ini kerana etika dan adab yang baik dalam perniagaan menjadi cerminan budaya dan masyarakat negara ini selain hak pelanggan untuk mendapatkan khidmat terbaik daripada peniaga.
“Sebagai peniaga perlu ada etika sebab bagi pelanggan… pelanggan adalah raja, apa sahaja yang dibuat pelanggan peniaga perlu bersabar,” katanya kepada pemberita selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Lotus Tebrau di sini hari ini.
Rosol berkata kejadian itu juga diharapkan bukan sahaja menjadi pengajaran kepada peniaga terbabit malah orang ramai.
“Kita tidak ada akta yang boleh kompaun (peniaga sekiranya pelanggan dilayan secara kasar) dan sebagainya.
“Cuma kita berharap semua orang kena banyak bersabar… dia (peniaga) mungkin mengalami tekanan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (sebelum ini) dengan keadaan harga barang dan masalah lain, (sebab itu) yang penting banyak bersabar,” katanya.
Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 51 saat menerusi media sosial dipercayai dirakam seorang pelanggan di restoran itu yang memaparkan peniaga terbabit menggunakan perkataan kasar terhadapnya.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka Ngwe Hee Sem mengunjungi restoran itu dan menasihatkan pemiliknya selain menekankan meskipun Melaka terkenal dengan lenggok bahasa yang agak kasar, ia tidak boleh dijadikan alasan sehingga mencalarkan imej negeri itu.
Mengenai bekalan barangan asas sempena Aidiladha, Rosol berkata orang ramai tidak perlu gusar kerana bekalan termasuk ayam dan daging dijamin mencukupi bagi menampung permintaan.
“Maklumat yang kita terima daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, rakyat tidak perlu bimbang sama ada bekalan ayam atau daging, ia mencukupi pada Aidiladha nanti, itu tiada isu,” katanya.
Mengenai PJKM, beliau berkata setakat hari ini, program yang bermula sejak Disember lepas di 1,702 lokasi di seluruh negara itu telah merekodkan hasil jualan mencecah RM54 juta.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.