Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA WANITA MAUT DALAM KEBAKARAN LIMA RUMAH DI TAWAU

DALAM NEGARA

DUA WANITA MAUT DALAM KEBAKARAN LIMA RUMAH DI TAWAU

Dua wanita maut dalam kebakaran yang memusnahkan lima rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama di sini awal pagi tadi.

TAWAU: Dua wanita maut dalam kebakaran yang memusnahkan lima rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Julius John Stephen Jr berkata mayat Kamisah Mapiasah, 40, dan Sadiah Jabar, 70, ditemukan dalam sebuah rumah jenis dua tingkat. 

“Sepasukan 19 pegawai dan anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 12.53 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata operasi pemadaman yang tamat sepenuhnya pada 3 pagi turut dibantu anggota Bomba Komuniti Sri Titingan.

Katanya punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading